Tarikh : 20 Februari 2020 (Khamis)
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Innovation Hub, Aras Mezzanine 1, Kompleks LADA

Majlis Sesi Penyerahan Surat Kelulusan Projek Kecil Komuniti Langkawi Fasa 1 Tahun 2020 Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Wira Haji Amiruddin Bin Haji Hamzah, Timbalan Menteri Kewangan merangkap Pengerusi Bersama Lembaga Pengarah LADA. Sebanyak 9 projek kecil komuniti telah diserahkan surat kelulusan kepada komuniti yang terlibat antaranya bantuan pembaikan surau, sekolah, pusat autisme dan tempat riadah di sekitar Langkawi dengan kos keseluruhan sebanyak RM160,000.00. Pelaksanaan projek kecil komuniti ini diharapkan dapat memberi impak kepada komuniti dalam aspek kesejahteraan, perpaduan, kerohanian, keselamatan dan ekonomi komuniti setempat di Langkawi.