9-17 Januari 2024 – Rangkuman Sesi Serahan Projek Kecil Komuniti (Siap) bagi tahun 2023 telah diadakan di sekitar Langkawi. Sebanyak 15 projek menaiktaraf dan membaikpulih telah berjaya disiapkan pada fasa khas kali ini melalui kaedah gotong royong oleh komuniti setempat.
Sesi penyerahan pada 17 Januari 2024 (Rabu) telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Wan Kamarul Faisal bin Wan Kamardin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan) LADA.
Semoga dengan sedikit bantuan yang telah diberikan oleh LADA ini sedikit sebanyak dapat memberikan impak dan manfaat kepada komuniti setempat dalam menjalankan ibadah serta aktiviti riadah dengan lebih selesa.
Antara projek yang telah disiapkan melibatkan kerja-kerja menaiktaraf masjid dan surau, membina bilik mandi jenazah, pemasangan karpet dewan sekolah, membaikpulih pagar surau, menaiktaraf tempat mengambil wudhuk dan pembesaran surau, membina dewan terbuka serbaguna kampung, membaikpulih kawasan jeti dan pembinaan longkang di masjid.
#ProjekKecilKomuniti #LADA #KitaJagaLangkawi #DemiLangkawi #KitaJagaKita #KomunitiLangkawi