Puan Naemah binti Ismail merupakan antara pekerja industri pelancongan yang terjejas akibat wabak COVID-19. Namun begitu, beliau mengambil langkah berani dalam menceburi bidang baru demi menjana pendapatan keluarga melalui projek ternakan itik.

Beliau bukan sahaja menjual telur dan daging itik segar, malah turut memproses sebahagian besar telur untuk dijadikan telur masin dan dipasarkan di kedai-kedai runcit Langkawi. Diharapkan projek ternakan itik yang diusahakan terus mendapat permintaan yang memberangsangkan sehingga dapat dikembangkan ke pasaran luar.

#LangkawiBangkit
#UsahawanLangkawi
#PeluangEkonomiBaru
#PEB
#HELANG
#LADA
#KitaJagaLangkawi
#DemiLangkawi
#KitaJagaKita
#KitaMestiMenang
#PerangiCOVID19
#KitaSelamatkanLangkawi
#OrangLangkawi
#LangkawiLuarBiasa
#UsahawanTani
#TernakanItik
#TelurMasin