Encik Megat Radhi bin Azizan yang berusia 32 tahun adalah antara penggiat industri pelancongan Langkawi yang berani menceburi bidang perniagaan baru. Pengusaha agensi pengembaraan ini kini sedang berusaha memperbaiki menceburi bidang ternakan lobster air tawar di bawah Pelan HELANG LADA.

“Pada mulanya saya tidak menyangka bahawa saya mampu melibatkan diri dalam bidang akuakultur. Walaupun perniagaan ini dimulakan dengan skala kecil, ia telah menjadi sumber pendapatan sampingan saya ketika pandemik COVID-19 melanda negara dan dunia. Ini dapat membantu saya menghadapi kesukaran semasa sektor pelancongan ditutup dan masih memberikan manfaat kerana peluang menjana pendapatan dalam sektor ini masih luas,” ujarnya.

Diharapkan projek penternakan lobster air tawar ini dapat berkembang maju dan mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran tempatan.

#LangkawiBangkit
#AnakMudaLangkawi
#LangkawiHebat
#LangkawiHariIni
#UsahawanLangkawi
#ProjekEkonomiBaru
#HELANG
#LADA
#KitaJagaLangkawi
#LobsterAirTawar