Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan Lembaga Pengarah LADA telah diadakan hari ini di Bougainvillea Hall, Hotel Pelangi Beach Resort & Spa, Langkawi.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Haji Mohammad bin Ismail, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) di Jabatan Perdana Menteri bersama YBhg. Dato’ Suhara binti Salleh, Timbalan Pengarah Belanjawan Negara (Perkhidmatan Am) di Kementerian Kewangan dan YBrs. Tuan Abdul Majid bin Salleh, Bendahari Negeri Kedah. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Pengurusan LADA.