26 Jun 2023 – Mesyuarat Majlis Penasihat Langkawi UNESCO Global Geopark Bil. 1/2023 telah dipengerusikan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor.
Antara agenda mesyuarat termasuklah pembentangan produk geopark (baharu): Tuba Geotourism dan juga kerangka Pelan Induk Langkawi Geopark 2023-2027. Turut dikongsikan juga persediaan Langkawi menghadapi penilaian semula kali ke-4 yang berlangsung pada 30 Jun hingga 4 Julai 2023.