Kampung Angkat MADANI Pulau Tuba telah menerima lawatan kerja daripada POLITY iaitu badan pemikir berkaitan agenda pembangunan dasar dan intervensi bersama komuniti bagi memperkasakan sosio ekonomi rakyat, khususnya wanita dan anak muda.
Lawatan yang diketui oleh Puan Nurul Izzah Anwar, Pengerusi Eksekutif POLITY bersama YBhg. Dato’ Haslina Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif LADA telah meninjau status terkini projek Kampung Angkat MADANI (KAM) Pulau Tuba serta melawat ke produk usahawan wanita/KEDA Pulau Tuba iaitu Lekor Show.

Delegasi POLITY juga telah di bawa meninjau Dewan Orang Ramai Pulau Tuba, Projek Naik Taraf Masjid Al-Wafa, Geo tapak Langkawi UNESCO Global Geopark: Bukit Kecil, Kiosk KAM Selat Bagan Nyior serta projek naik taraf bulatan tandas serta projek lampu solar sepanjang jalan Pulau Tuba dan Selat. Sesi lawatan juga telah dijayakan dengan kerjasama wakil masyarakat Langkawi serta Pulau Tuba/Selat, selain komuniti di kedua lokasi yang turut berpeluang untuk beramah mesra bersama POLITY dan LADA.

Secara keseluruhan, projek KAM Pulau Tuba merangkumi 16 projek/program. LADA sebagai agensi pelaksana projek KAM Pulau Tuba ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan projek ini serta sesi lawatan pada kali ini.