Berita baik untuk semua!
Peluang menyertai Projek Ternakan Lobster Air Tawar Siri 2 kini dibuka. Jangan ketinggalan lagi! Keutamaan diberikan kepada individu yang terkesan dengan situasi pandemik COVID-19 dan mempunyai minat serta komitmen yang tinggi terhadap projek ini. Penyertaan adalah PERCUMA dan terhad kepada 30 orang peserta sahaja.

Borang penyertaan boleh didapatkan di laman sesawang rasmi LADA atau dengan mengimbas Kod QR yang tertera di poster hebahan projek ini.