Program IGSC (Idaman Geosite Clean Up) ke – 92 kali ini melibatkan 53 orang peserta terdiri daripada pelajar, pensyarah dan staf Jabatan Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) secara langsung melakukan kerja-kerja pembersihan dan pengumpulan sampah hanyut di sekitar Pantai Pulau Langgun pada hari ini.
Dianggarkan, sebanyak 240kg sampah hanyut berjaya dikumpulkan oleh para peserta program. Program IGSC yang dianjurkan oleh LADA pada setiap minggu ini merupakan satu initiatif untuk mengurangkan sampah-sampah hanyut yang terdapat di perairan Langkawi UNESCO Global Geopark agar pulau ini sentiasa terpelihara dan kekal cantik untuk keselesaan pelancong dan penduduk tempatan.
Semoga dengan usaha dan kerjasama seperti ini, keindahan dan kecantikkan Langkawi UNESCO Global Geopark dapat dipelihara dengan sebaik mungkin.
#langkawigeopark
#geopark
#naturallylangkawi
#UNESCO
#BRINGBACKYOURTRASH