Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Tuan Nasaruddin Abdul Mutalib telah menyampaikan ucapan penghargaan kepada pihak swasta dan NGO yang menyumbangkan bantuan makanan kepada petugas dan orang ramai pada hari ini bersamaan 7 Jun 2021. Sumbangan ini diberikan semasa berlangsungnya sesi suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Daerah Langkawi.