Pada 23 hingga 25 Jun 2023, Lembaga Pembangunan Langkawi telah menaja 3 gerai jualan usahawan program Sabah Agro Expo (SAEX) 2023. Terdapat 4 orang usahawan Langkawi iaitu Puan Mardiana binti Shaari usahawan minyak kelapa dara, Puan Naimah binti Natzeri usahawan coklat Langkawi, Puan Nur Hafilah binti Abdul Talib usahawan produk makanan retort dan Puan Noor Zahira Binti Mohd Salleh usahawan produk kesihatan berasaskan gamat. Program tersebut telah mendapat sambutan yang amat mengalakkan dengan jumlah jualan sepanjang 3 hari berjumlah RM33,115.00.

Produk Langkawi dilihat amat berpotensi untuk dipasarkan di Sabah. Harapan LADA adalah agar lebih ramai usahawan Langkawi akan turut mengembangkan pemasaran produk masing-masing ke pasaran luar. Bagi usahawan yang terlibat, LADA percaya bahawa usahawan tersebut telah berjaya mendapat jaringan perniagaan yang lebih baik di Sabah dan ucapan tahniah kerana berjaya menjual kesemua produk keluaran masing-masing semasa program tersebut.