27 Ogos 2024 – Perhimpunan Bulanan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) bagi bulan Ogos 2024 yang bertemakan “Merdeka Jiwa, Merdeka Bangsa” telah diadakan dengan meriah bertempat di Auditorium, Kompleks LADA. Perhimpuan Bulanan kali ini bertujuan untuk meraikan Sambutan Hari Kemerdekaan ke-67 yang disambut pada 31 Ogos 2024 dan Hari Malaysia pada 16 September 2024. Antara pengisian menarik yang diadakan ialah persembahan video khas merdeka, nyanyian lagu patriotik serta ceramah khas bertajuk “Merdeka dalam Perspektif Islam” yang telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz. Selain itu, perhimpunan ini juga diadakan untuk meraikan kejayaan cemerlang kontinjen LADA dalam Pesta Sukan Kementerian Kewangan Malaysia (PSKK) 2024. Semoga program ini akan menyemai semangat patriotik serta memantapkan semangat berpasukan di kalangan warga kerja LADA.