4 Disember 2019, berlangsungnya Majlis Perhimpunan LADA di Dewan Besar, Kompleks LADA. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dr. Hezri Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif LADA. Bertemakan ‘Think Differently and Spark Creativity’, Dr. Hezri menyeru semua warga LADA untuk terus menghasilkan idea kreatif, berani mengetengahkan inovasi serta memainkan karakter kreativiti masing-masing demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama. Antara intipati yang menjadi fokus dalam majlis ini adalah,
1. Pencapaian LADA sepanjang tahun 2019 yang membawa kejayaan industri pelancongan Langkawi.
2. Menyambut baik agenda kerajaan iaitu Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada Oktober 2019 dan selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG 2030) dengan strategi pendekatan pembangunan inklusif di bawah prinsip “leaving no one behind”. Tiga objektif utama yang dihasratkan di dalam WKB2030 iaitu pembangunan untuk semua (menstruktur ekonomi), menangani jurang kekayaan dan pendapatan (menangani ketidaksamaan) dan negara yang Bersatu, Makmur dan Bermaruah (membina negara).
3. Menyokong penuh agenda transformasi industri pelancongan melalui Visit Malaysia 2020 (VMY2020) yang dilihat menepati konsep pelancongan lestari di Langkawi. Fokus yang akan diberikan oleh MOTAC dalam mempromosikan VMY2020 adalah ekopelancongan, seni dan budaya, bertepatan dengan Pelan Eko Pelancongan Kebangsaan 2016-2025.
4. Pemantapan modal insan warga LADA melalui program Sayembara Bahasa Melayu, Wisdom Galore 2.0 dan English Day.
5. Inisiatif mengoptimumkan perbelanjaan LADA tahun 2020 bagi menjimatkan perbelanjaan dan kawalan ke arah perbelanjaan berhemah.
Selain itu, majlis kali ini juga turut diserikan dengan sesi perkongsian ilmu oleh Encik Norazhar Bin Anas, Ketua Penolong Pengurus Kanan, Bahagian Pelancongan berkisar akan topik Visit Malaysia 2020. Unit Khidmat Koporat (UKK) LADA juga mengambil peluang dalam majlis ini, untuk mempromosikan Kempen ‘Jom Ikuti Media Sosial LADA’ yang merupakan platform hebahan informasi berkaitan perkembangan semasa acara dan program-program LADA.