Langkawi, 30 Januari 2020 – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah merancang beberapa program perkongsian pintar bersama pemain industri pelancongan dan mempromosikan Langkawi.

Beberapa program jangka pendek dan jangka panjang telah dirangka bagi memberi fokus kepada pasaran domestik, rantau ASEAN, short-haul dan medium-haul. Antara program yang dirancang ialah:

• Kempen Tala Mai Langkawi bagi pasaran domestik;
• Fam Trip Media bagi pasaran ASEAN dengan fokus kepada Singapura, Thailand dan Indonesia;
• Pakej khas dengan potongan harga istimewa bagi pasaran ASEAN;
• Fam Trip dengan kerjasama Qatar Airways dan Tourism Malaysia bagi pasaran Scandinavia dan Eropah Timur;
• Menyertai program promosi Outbound Travel Mart (OTM) Mumbai dari 3 hingga 5 Febuari 2020; dan
• Misi Jualan ke Timur Tengah dari 26 hingga 28 Februari 2020.

Program-program yang telah dirancang diharap akan mengurangkan impak pembatalan tempahan pakej oleh pelancong dari negara China di Langkawi.

-TAMAT-

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)
30 Januari 2020

____________________________________________________________________________________________________
Untuk maklumat lanjut berhubung kenyataan/siaran media ini sila hubungi Unit
Khidmat Korporat (LADA) di talian 04-9600626.