Langkawi telah menjadi tuan rumah bagi penganjuran Pertandingan Inovasi RC Jet (Terbuka Kedah dan Perlis) Tahun 2022 bertempat di Kompleks Sukan Langkawi.

Program yang dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Langkawi, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Kolej Vokasional Langkawi, dan SK Langkawi ini bertujuan untuk mencungkil bakat dan kemahiran para peserta dalam bidang aeromodeling dan reka cipta pesawat.

Sebanyak 4 kategori yang dipertandingkan iaitu peringkat Sekolah Rendah Langkawi, Sekolah Menengah Langkawi, Jemputan Sekolah Rendah dan Jemputan Sekolah Menengah. SK Langkawi telah dinobatkan juara keseluruhan kategori Sekolah Rendah Langkawi, manakala Kolej Vokasional Langkawi menjadi johan bagi kategori Sekolah Menengah Langkawi.

Keseluruhan sebanyak 44 sekolah telah bertanding dan 50 peratus penyertaannya adalah daripada sekolah luar dari Langkawi.

#CSRLADA
#LADA&KOMUNITI
#PEMBANGUNANMODALINSAN
#ANAKLANGKAWI