Langkawi, 24 Mei 2023 – Majlis Perasmian Pesona Langkawi Seni Budaya dan Pelancongan 2023 telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hajah Saraya binti Arbi, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia diiringi oleh YBrs. Tuan Wan Kamarul Faisal bin Wan Kamardin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan & Pembangunan), Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan khas Teater Muzikal Keajaiban Puteri Langkawi Mahsuri daripada artis-artis ternama seperti ibu Fauziah Nawi, Hairi Safwan, Tiz Zaqyah dan Ahmad Fikry Ibrahim.

#PesonaLangkawi
#LIMA2023
#MalaysiaTrulyAsia
#MalaysiaMADANI
#MyMOTAC
#LADA