Program Antirasuah dan Sesi Dialog Bersama SPRM telah diadakan pada 17 Julai 2023, bertempat di Dewan Besar, Kompleks LADA. Program ini merupakan ‘smart-partnership’ LADA bersama pihak SPRM Negeri Kedah.
Penceramah jemputan adalah Tuan Mohd Azfar Bin Johari, Penolong Penguasa daripada Unit Pendidikan Masyarakat, SPRM Negeri Kedah.
Objektif pelaksanaan program ini untuk perkongsian ilmu dan pendedahan kepada warga kerja yang baru berkhidmat di LADA dan dikongsikan berkaitan isu-isu integriti dan rasuah yang mana setiap individu adalah terdedah kepada gejala rasuah dan perlu menanamkan nilai integriti dalam diri masing-masing tanpa mengira jawatan dan pangkat.
Fokus utama sesi ini adalah untuk memastikan mereka dapat mengelakkan diri dari terlibat dengan gejala rasuah dan tindakan serta hukuman yang dikenakan jika didapati bersalah.
Seramai 48 orang pegawai dan kakitangan LADA serta kakitangan anak syarikat LADA telah menyertai Program Antirasuah ini.
#IBRLADA
#integritytoday
#upholdyourintegrity
#bahanarasuah