Langkawi, 17 April 2023 – Program Berkah Ramadhan telah diadakan bertempat di Masjid Al-Wafa, Pulau Tuba anjuran Unit Khidmat Korporat (UKK), Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

Sebanyak 400 bekas bubur lambuk telah diedarkan kepada komuniti setempat di Pulau Tuba, bermula jam 4.30 petang hingga 5.30 petang. Selesai majlis edaran bubur lambuk, program diteruskan dengan majlis berbuka puasa bersama pihak masjid yang terlibat.

Semoga Program Berkah Ramadhan ini memberi manfaat kepada komuniti sekitar Langkawi dan dapat mengeratkan serta menjalin hubungan yang baik dengan komuniti setempat.

#ladadankomuniti
#BerkahRamadan2023