Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan kerjasama Masjid Al-Huda, Padang Matsirat telah menganjurkan Program Bicara Ilmu Sempena Sambutan Hari Raya Korban yang disambut pada setiap 10 Zulhijjah telah diadakan pada 13 Jun 2023 (Selasa), bertempat di Masjid Al-Huda, Padang Matsirat. Kuliah Maghrib bertajuk “Korban: Sucikan Jiwa, Eratkan Silaturrahim” telah disampaikan oleh YBhg. Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid.

Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan bersama. Jom sama-sama kita berhijrah ke arah kebaikan.

#LADAdankomuniti
#LADAandcommunity
#LADALangkawi
#lembagapembangunanlangkawi
#langkawidevelopmentauthority
#masjidalhudapadangmatsirat