Pada 30 September 2021, satu Program Bual Bicara Usahawan anjuran LADA melalui Bahagian Pelaburan dan Pemudah Cara Perniagaan telah diadakan dengan jayanya. Program dengan penampilan khas saudara Khairul Aming ini melibatkan penyertaan seramai hampir 200 orang peserta yang juga merupakan usahawan dari dalam dan luar Langkawi.

Penganjuran program ini adalah sebahagian daripada usaha yang diambil oleh LADA untuk meningkatkan motivasi usahawan baru dan sedia ada. Program ini juga dapat memberikan inspirasi kepada para usahawan dalam menghasilkan kandungan pengiklanan produk dan servis yang kreatif melalui perkongsian bermanfaat oleh pempengaruh media sosial dan usahawan digital terkenal, Khairul Aming.

#KitaJagaLangkawi
#JomTambahIlmu
#LADA&UsahawanLangkawi
#DemiLangkawi
#UsahawanLangkawi
#ProjekEkonomiBaru
#HELANG
#LADA