Langkawi, 5 Mei 2021 – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menerima jemputan dan menjalin kerjasama melaksanakan Program Jelajah Ramadhan bersama RTM Langkawi. Program ini turut disertai oleh Pusat Khidmat ADUN Ayer Hangat, Langkawi Tourism Academy, Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (NGO) dan Jawatankuasa Masjid Istiqamah, Kuala Teriang.
Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang hari dan salah satunya adalah penyampaian sumbangan kepada 20 buah keluarga dalam bentuk wang tunai dan barangan keperluan bernilai RM150.00 bagi setiap keluarga. LADA diwakili oleh En. Mohd Syafiq Md. Lani, Penolong Pengurus Kanan Unit Khidmat Korporat. Turut serta adalah En. Bahari Bin Ahmad, Setiausaha JK Masjid Al-Istiqamah Kuala Teriang dan En. Mohd Fauzi Bin Mohamed Dali dari Langkawifm.
Program ini juga diserikan dengan aktiviti bersama masyarakat iaitu edaran sumbangan biskut raya kepada petugas barisan hadapan di beberapa lokasi terpilih di sekitar Langkawi. Selain itu, semua agensi serta masjid yang terlibat turut melaksanakan gotong-royong penyediaan bubur lambuk untuk diedarkan kepada komuniti setempat.
#PatuhiSOP
#Komunitisejahtera
#Kitajagalangkawi