Program Sistership Geopark telah berlangsung pada 23 hingga 25 Julai 2023 yang melibatkan Langkawi UNESCO Global Geopark (UGGp) dan Satun UNESCO Global Geopark (UGGp). Program ini bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama di antara kedua-dua Geopark dan meneroka peluang pembangunan bersama.
Antara wakil daripada delegasi Satun UGGp adalah seperti berikut:
1. Dr Narongrit Thungprue – Pengarah Satun Geopark
2. Dr Nattaphan Kecharananta – Penasihat Satun Geopark
3. En Warich Wichit – Timbalan Pengarah Pejabat TAT Satun
4. Cik Ranit Tokrisna – Pegawai Perhubungan Antarabangsa, Sekretariat dan Bahagian Perhubungan Antarabangsa, Ibu Pejabat TAT, Bangkok, Thailand
5. Cik Ploychompooh Thitiyaporn – Pegawai Perhubungan Antarabangsa, Sekretariat, dan Bahagian Perhubungan Antarabangsa, Ibu Pejabat TAT, Bangkok, Thailand
6. En Alen Rasusoh – Presiden Pelancongan Satun
Aktiviti:
Semasa program berlangsung, wakil dari Satun UGGp melawat Geotapak di Langkawi UNESCO Global Geopark dan membincangkan agenda berikut:
1. Penyelidikan Geopark Bersama: Mengenal pasti skop penyelidikan kolaboratif dan mewujudkan garis masa.
2. Kerjasama dalam Program & Promosi GeoTourism:
i. Bertukar-tukar idea mengenai program sedia ada, membincangkan acara bersama dan inisiatif pendidikan yang melibatkan masyarakat setempat.
ii. Memperkenalkan konsep mempromosikan pakej pelancongan mesra alam yang menonjolkan warisan semula jadi Geopark kepada pelancong domestik dan antarabangsa.
3. Lanjutan daripada MoU IMT-GT (Langkawi-Satun-Lake Toba): Mengkaji semula MoU sedia ada antara IMT-GT dan kedua-dua Geopark, menilai kemajuan dan mencadangkan projek baharu untuk dimasukkan bersama.
#geoparksistershipprogram
#LangkawiUGG
#SatunUGG
#langkawiunescoglobalgeopark
#langkawigeopark