Langkawi, 16 Jun 2023 – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menganjurkan Program Lestari Komuniti bersama Komuniti Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Dahlia, Langkawi, Kedah bertempat di Dewan Futsal, Kompleks Sukan, Langkawi. Antara program yang telah diadakan adalah pemeliharaan terumbu karang (Coral) dan pertandingan futsal. Seramai 100 orang peserta terlibat bagi kedua-dua aktiviti tersebut. Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Nurul Azuan bin Abdullah, Timbalan Setiausaha Bahagian Kesejahteraan Komuniti KPPT dan Cik Nor Amira binti Man, Pegawai LADA.