Program Lonjakan Saujana Pendidikan Langkawi telah berlangsung dengan jayanya pada 18 hingga 19 Oktober 2022 bertempat di Dewan Kolej Vokasional Langkawi. Hasil jalinan kerjasama LADA dan PPD Langkawi ini telah menarik penyertaan seramai 370 orang pelajar sekolah menengah dari seluruh Langkawi.
Program berbentuk bengkel ini dijalankan khusus kepada murid yang akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memfokuskan mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Melayu.
Bengkel intensif bagi kedua-dua mata pelajaran ini merupakan persediaan kepada pelajar bagi menduduki peperiksaan SPM. Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan peratus kelulusan murid seterusnya mencapai Pengiraan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) yang tinggi bagi sekolah-sekolah di daerah Langkawi.
Ini tidak lain tidak bukan untuk menempatkan sekolah di daerah ini setanding dengan daerah-daerah lain di Negeri Kedah.
Majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil kepada peserta telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Ahmad Fuad Bin Che Ani@Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LADA (Pengurusan). Turut hadir wakil Pegawai Pendidikan Daerah Langkawi, Pengerusi Majlis Pengetua Malaysia Langkawi (MPSM) dan Pengerusi Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS).
#LADABersamaPelajar
#PembangunanModalInsan
#Komuniti@Langkawi