Langkawi, 20 April 2023 – Pihak Surau An-Nur telah menganjurkan majlis berbuka puasa. Kebiasaannya, majlis anjuran AJK Surau An Nur ini akan diadakan pada setiap hari Jumaat. Manakala setiap hari Khamis, majlis berbuka puasa di Surau An Nur dianjurkan oleh agensi kerajaan dan swasta termasuk anjuran perseorangan.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk Taman Nilam disamping mengimarahkan Surau An Nur.

Turut hadir dalam program ini En. Abdullah B. Ali, Pengerusi Surau An Nur, En. Ruhaizi B. Hassan, Pengerusi Persatuan Penduduk, Taman Nilam, En. Hamzah B. Mohd Ariffin, Setiausaha, KRT Taman Nilam, Tuan Izham B. Ibrahim, Penguasa SPRM, Ketua Cawangan SPRM Langkawi, Tuan Yusof B. Kassim, Pengurus Perkeso Langkawi, Cik Ruhani Bt. Ahmad, Pengurus Agrobank Langkawi, SI Saberi B. Khamis, Bahagian Pencegahan Jenayah Keselamatan dan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah, Langkawi, Barisan AJK Surau An Nur, Barisan AJK Persatuan Penduduk serta penduduk Taman Nilam.

LADA amat berbesar hati dapat memberikan sumbangan untuk turut sama menjayakan program ini.

Semoga program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

#CSR