15 Ogos 2024 (Khamis) – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah menganjurkan Program Memasyarakatkan Koperasi (Maskop), Program Transformasi Dan Digitalisasi Koperasi (Digikop) Dan Lawatan Jejak Koperasi Di Pulau Langkawi.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Ewon Benedict, Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi dan turut disertai oleh YBhg. Dato’ Haslina Bt Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif LADA di Kompleks LADA, Langkawi.
Objektif penganjuran program ini ialah untuk memupuk semangat berkoperasi di samping meningkatkan pengetahuan orang ramai berkaitan koperasi sekaligus menjadi platform untuk menghebahkan perkhidmatan dan produk yang ditawarkan Gerakan koperasi kepada orang awam.
Pelbagai pengisian program telah diadakan antaranya
i) forum bertajuk Ekosistem Manfaat Berkoperasi .
ii) Taklimat Tap-Taplah juga oleh Koperasi Tanjung Keramat
iii ) Sumbangan CSR kepada 30 angggota koperasi sekitar Langkawi
iv) Jualan Madani
v) Taklimat berkaitan dengan geran daripada SME Bank, SKM, TEKUN dan INSKEN dan Bank Rakyat
vi) Lawatan ke Koperasi Komuniti Kg Kilim Berhad
vii) Lawatan ke KOPTUBAS