1 Mac 2021 – Program Pemberian Imunisasi COVID-19 Peringkat Langkawi (Sesi Ketua Pegawai Eksekutif LADA) telah diadakan bertempat di Klinik Kesihatan Kuah Langkawi. Seramai enam (6) individu yang mewakili pelbagai agensi dan institusi kerajaan terlibat dalam program penerimaan vaksin ini, antaranya termasuklah YBrs. Ketua Pengawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Dr. Hezri bin Adnan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah, Pengarah Maritim Negeri Kedah/Perlis yang mewakili Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan YB Mohd Firdaus bin Ahmad, ADUN Kuah. Program yang hanya mengambil masa selama setengah jam ini bermula pada jam 11.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari.

#KitaJagaLangkawi
#LindungDiriLindungSemua