25 Februari 2021 – LADA dengan kerjasama JKM telah menganjurkan Program Prihatin Komuniti Cina. Program ini dilaksanakan melalui kaedah penyaluran bantuan kepada kaum Cina bagi meraikan Tahun Baru Cina dan malam Chap Goh Mei yang dirayakan oleh kaum Tiong Hwa di seluruh dunia. Objektif program ini adalah untuk membantu meringankan beban komuniti yang kurang berkemampuan bagi meneruskan kelangsungan hidup dalam menghadapi kesulitan dan cabaran susulan penularan wabak pandemik COVID-19.

Program ini dilaksanakan bagi menggantikan Program Sambutan Tahun Baru Cina yang diraikan setiap tahun sebagai tanda perpaduan kaum di Langkawi. JKM telah menyediakan maklumat penerima bantuan supaya program ini dapat mencapai sasaran komuniti yang memerlukan.

Penyerahan bantuan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dr. Hezri Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif LADA diiringi En. Bun Tham A/L Eh Gin, Pegawai Kebajikan Masyarakat Langkawi, Cik Nordiana Bt Nordin, Pengurus Unit Khidmat Korporat dan beberapa orang pegawai LADA.

Secara keseluruhannya sebanyak RM8,250.00 diperuntukkan bagi penyaluran kepada 33 orang penerima bantuan dalam bentuk wang tunai dan barangan keperluan asas. Penerima-penerima ini terdiri daripada Kumpulan B40, Orang Kurang Upaya (OKU), Pesakit Kronik Terlantar dan juga warga emas.

#KitaJagaLangkawi
#SOPPKPB