Program santai Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) LADA bersama ketua komuniti merupakan program turun padang bertemu komuniti setempat di Langkawi. Bagi edisi pertama tahun 2020, telah diadakan program santai KPE LADA bersama ketua komuniti Taman Nilam pada 3 Februari 2020.
Program ini diadakan bertujuan untuk mengadakan perbincangan, percambahan idea serta pandangan untuk LADA merencana program-program dan inisiatif di bawah Pelan Strategik Pembangunan Komuniti yang sedang dirangka. Selain itu, penganjuran program ini juga dapat mendekatkan LADA dengan komuniti di sana.