Unit Undang-undang LADA, telah menganjurkan Program Sehari Bersama Panel Peguam LADA pada 26 Disember 2019. Antara objektif utama program ini adalah sebagai medium perantara untuk panel peguam dan Pengurusan LADA bertukar pandangan. Ia juga bertujuan memastikan panel peguam memahami akan visi, misi dan hala tuju LADA yang menjadi tonggak kepada pembangunan pelancongan Langkawi.

Program ini dibuka dengan sesi percambahan minda antara kedua- dua pihak dalam membincangkan isu-isu perundangan semasa dan kaedah menanganinya. Sesi ini juga telah dipengerusikan oleh YBhg. Dr. Hezri Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif LADA bersama sepuluh orang peguam dari 5 firma guaman bersama 25 orang pegawai LADA. Program ini akan berlangsung sehingga jam 5 petang dengan pengisian aktiviti di produk pelancongan Langkawi sebagai salah satu langkah mempromosikan Langkawi secara tidak langsung di samping memahami latar belakang (nature of the case) pengendalian kes yang melibatkan LADA.

Usaha ini bukan sahaja bertindak sebagai promosi produk tarikan pelancong, malah memberikan implikasi kepada pengurusan hal ehwal perundangan LADA yang berperanan sebagai tunjang dalam menjaga kesejahteraan semua pihak.