|26 Ogos 2024| Seramai 58 orang peserta telah terlibat secara langsung dalam menjayakan program Geomangrove pada Isnin lepas.

Program ini diadakan dengan kerjasama AIESEC Kedah/Perlis iaitu persatuan sukarelawan dari Universiti Utara Malaysia. Peserta-peserta pada kali ini terdiri daripada pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Min Nam dan Chung Hua, Langkawi.

Para guru dan ibu bapa pelajar turut menyertai program bagi bersama-sama mendapatkan informasi berkenaan Langkawi UNESCO Global Geopark semasa menerokai Geopark Discovery Centre(GDC) dan merasai pengalaman melakukan aktiviti semaian anak pokok bakau di Santuari Bakau, Kilim Geoforest Park.

Sebanyak 60 anak pokok bakau telah disemai di santuari bakau. Aktiviti semaian ini adalah untuk menambah bilangan anak pokok bakau yang akan ditanam semula apabila cukup tempoh matang serta memberi pendedahan kepada peserta berkenaan kepentingan kawasan bakau kepada ekosistem dan kelestarian alam semulajadi. Sumbangan kepada alam pada hari ini pasti akan memberi manfaat masa pada hadapan.

#KilimKarstGeoforestPark #AISECInKedahPerlis #LangkawiUNESCOGlobalGeopark #LUGGp #Langkawibestwey!!