LADA telah menghadiri program promosi Langkawi sempena acara ‘27th Rainforest World Music Festival’ (RWMF) bertempat di Kampung Budaya Sarawak pada 28 hingga 30 Jun 2024 yang lalu. Festival muzik antarabangsa yang dianjurkan oleh Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) ini diadakan bagi meraikan kepelbagaian budaya dan muzik global di samping menyokong amalan pelancongan lestari dan pemuliharaan alam sekitar. Program ini telah menerima kehadiran pengunjung sejumlah 26,000 orang. Program promosi ini turut disertai anak syarikat LADA iaitu Langsura Geopark Sdn. Bhd. LADA tidak melepaskan peluang bekerjasama erat bersama Sarawak Tourism Board dalam memasarkan Langkawi UNESCO Geopark di peringkat Malaysia dan Global.

Acara yang telah berlangsung selama tiga hari ini turut dimeriahkan dengan bengkel instrumen muzik, pameran kebudayaan dan kraftangan serta jualan produk kraftangan dan makanan sepanjang hari. Manakala festival muzik diadakan pada waktu malam.

Booth pameran Langkawi telah mendapat sambutan daripada pengunjung dalam dan luar negara melalui aktiviti promosi yang disediakan seperti jualan pakej pelancongan Langkawi dan kuiz berkaitan Langkawi UNESCO Global Geopark.