21 Ogos 2023 telah diadakan Refresher Course Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj)2000 [Akta 605] bertempat di Akademi Hevea Malaysia, Lembaga Getah Malaysia, Langkawi. Program ini adalah anjuran Unit Integriti dengan kerjasama pihak AKRAB LADA.

Program selama satu hari ini dikendalikan oleh penceramah jemputan, Encik Mohd Hafiz bin Ramlee, Ketua Unit Integriti daripada Unit Integriti, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. Manakala, slot selingan bagi acara AKRAB oleh Encik Ikhwan bin Mohd Said daripada AKRAB LADA.

Objektif pelaksanaan program ini untuk memberi kefahaman tentang peraturan tatatertib dan jenis hukuman tatatertib dengan teratur dan dapat meningkatkan kemahiran mengurus serta mengatur hal ehwal tatatertib di peringkat jabatan.

Seramai 26 orang Pegawai dan kakitangan LADA telah menyertai program ini.

#integritytoday
#upholdyourintegrity
#bahanarasuah