Bersempena dengan Sambutan Hari Laut Antarabangsa, Langkawi UNESCO Global Geopark telah bekerjasama dengan pensyarah serta para pelajar dari Program Sarjana Pembangunan Pelancongan, Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Universiti Sains Malysia (USM) untuk melaksanakan gotong royong dan pembiakan batu karang.
Kira-kira 45 orang peserta telah menjalankan aktiviti Idaman Geosite Clean-up (IGSC) Bilangan 5/2024 di kawasan Pulau Jemuruk, Kubang Badak Biogeotrail. Aktiviti pembersihan ini telah berjaya mengumpulkan lebih kurang 21 beg sampah yang telah diasingkan mengikut jenis sampah dengan anggaran 105kg
Selesai aktiviti pembersihan di sekitar pulau, program diteruskan dengan aktiviti pembiakan karang jenis tanduk rusa (acropora branching). Sebanyak 15 rak karang telah dijadikan platform untuk pembiakan batu karang ini. Aktiviti ini menyumbang kepada konservasi biodiversiti lautan dan bawah air yang menjadi habitat serta sumber makanan hidupan di lautan.
Semoga pengalaman yang menerujakan ini dapat memberi kenangan terindah para pelajar dalam dan luar negara USM selain menyumbang usaha dalam ekosistem lautan di Langkawi.
#KalauBukanKita,SiapaLagi #LangkawiUNESCOGlobalGeopark #LUGGp #NaturallyLangkawi #LangkawiBestWeyy!