22 Februari 2023 – Hari kedua bagi program SandBar Walk anjuran Tanjung Rhu Resort Langkawi dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Seramai 60 orang warga kerja LADA telah menyertai program ini dan merasai pengalaman unik “laut terbelah” serta dapat berjalan di atas beting pasir sehingga ke pulau-pulau kecil yang berdekatan di paras air surut 0.0 meter.

Program ini juga turut disertai YBrs. Tuan Wan Kamarul Faisal bin Wan Kamardin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LADA (Perancangan dan Pembangunan) serta YBrs. Tuan Haji Ahmad Fuad bin Che Ani @ Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LADA (Pengurusan).

Ribuan pelancong turut membanjiri Pantai Tanjung Rhu untuk menyaksikan fenomena yang amat dinanti-nantikan ini. Diharapkan program sebegini dapat diteruskan lagi dengan pelbagai pengisian program yang lebih menarik dan juga menyampaikan pengetahuan atau kempen kesedaran kepada pelancong mengenai kepentingan menjaga alam sekitar terutama hidupan marin.

#LangkawiBestWey
#NaturallyLangkawi
#SandBarWalk2023