Sesi pada kali ini diadakan untuk mendapatkan pandangan dan maklumbalas berkaitan isu-isu semasa industri pelancongan Langkawi yang mana dapat membantu LADA merangka pelbagai program kerjasama demi kepentingan industri pelancongan Langkawi. Sesi ini telah dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa MAHO (wakil wilayah utara) dan telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Zepri Bin Saad, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan & Pembangunan).

11 JUN 2020
LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI

#PelanTindakanPemulihanEkonomiLangkawi
#StrategiPenjenamaanSemula
#KitaJagaLGKW