Langkawi, 7 April 2022 – Satu sesi libat urus bersama usahawan kraftangan Langkawi telah diadakan pada hari ini di Dewan Besar LADA bagi taklimat berkaitan Ruang Reka STIE (Science, Technology, Innovation and Economics) Keluarga Malaysia oleh pihak Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dan Lembaga Pembangunan Langkawi.

Seramai 31 orang usahawan tempatan telah menghadiri sesi ini yang bertujuan untuk memaklumkan hasrat YIM dan LADA berkaitan penubuhan hab reka cipta, teknologi dan inovasi di Langkawi. Hab ini akan membolehkan masyarakat untuk berkumpul bagi membangun dan mencipta pelbagai inovasi melalui proses pembelajaran secara praktikal (hands-on).

Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia yang telah dicadangkan akan bertempat di Anjung Budaya Kompleks LADA.