Langkawi, 13 November 2021 – LADA telah menerima kunjungan pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) (Ibu Pejabat dan Negeri Kedah) pada 11 November 2021. Rombongan yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Haji Mohamad Mustahapa Awang, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) FAMA ini hadir bagi membincangkan kerjasama untuk merancakkan program pembangunan usahawan Langkawi terutamanya dalam digitalisasi perniagaan. Sesi perbincangan ini dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Wan Kamarul Faisal bin Wan Kamardin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan & Pembangunan) LADA.

Delegasi ini seterusnya membuat lawatan ke Karnival Jualan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) di Dataran Cenang bagi bertemu dengan beberapa orang usahawan yang menyertai karnival tersebut.