21 Ogos 2024 (Rabu) – Sesi taklimat pasukan Kejohanan Liga Bola Sepak Langkawi : Piala LADA 2024 telah diadakan di Auditorium Kompleks LADA. Sebanyak 24 pengurus pasukan telah hadir ke taklimat tersebut bagi mendengar terma dan syarat perlawanan serta maklumat teknikal kejohanan tersebut.

Taklimat telah disampaikan oleh En. Suwasdie Che Man, Ketua J/K Teknikal Liga Bola Sepak Langkawi: Piala LADA 2024. Turut hadir adalah wakil Persatuan Bola Sepak Langkawi, pengadil kejohanan, UKK LADA selaku induk dan pasukan JK Teknikal kejohanan.

Semoga kejohanan Liga Bola Sepak Langkawi: Piala LADA 2024 dapat berjalan dengan lancar pada tahun ini!

#lada #langkawi #lembagapembangunanlangkawi #kitajagakita #kalaubukankitasiapalagi #malaysia #malaysiamadani #LangkawiUNESCOGlobalGeopark #LUGGp #NaturallyLangkawi #ligabolasepaklangkawi #pialalada2024