Hari ini, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) turun padang bagi menyantuni komuniti dan pemain industri pelancongan Langkawi yang terkesan dari segi pendapatan akibat pandemik COVID-19. Kali ini, seramai 100 orang telah menerima sumbangan Bakul Prihatin CSR LADA yang turut melibatkan kerjasama Persatuan Pemandu Pelancong Langkawi (LTGA) dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Langkawi. Sesi penyerahan ini diadakan dengan mematuhi SOP yang ditetapkan setelah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa. Semoga sumbangan kecil yang disalurkan akan dapat membantu komuniti dan pemain industri pelancongan Langkawi untuk terus tabah menjalani kehidupan terutamanya bagi menempuh tempoh PKP pada kali ini.
Kalau meniup seruling bambu,
Siapa yang ikut akan terbuai,
Kalau hidup saling membantu,
Mana yang kusut akan selesai.
#Kitajagalangkawi
#komunitisejahtera
#demilangkawi
#patuhSOP