PROGRAM CSR LADA: SUMBANGAN KEPADA PUSAT PENYEDIAAN MAKANAN PETUGAS BARISAN HADAPAN BAGI MENANGANI PENULARAN WABAK COVID-19 DI LANGKAWI

9 April 2020, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah melaksanakan misi Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) bersama Pejabat Parlimen Langkawi dan Angkatan Pertahanan Awam Langkawi. Kali ini, LADA telah menyalurkan sumbangan bahan mentah kepada pihak tersebut bagi menyediakan makanan kepada petugas-petugas barisan hadapan yang sentiasa bersiap sedia berbakti demi kepentingan dan keselamatan negara. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh dua orang wakil LADA kepada Encik Shukor Bahari, wakil Pejabat Parlimen Langkawi bertempat di Kompleks Angkatan Pertahanan Awam Langkawi. Semoga sumbangan ini dapat terus membantu meringankan urusan petugas barisan hadapan COVID-19 di Langkawi, sererusnya menambahkan semangat petugas untuk terus bertugas dengan penuh bakti kepada negara. Marilah bersama-sama kita perangi wabak COVID-19.