Langkawi, 23 Februari 2023 – Encik Mohamad Muzaffar Abdul Hamid, Pengarah Talent UP-Skilling 2, Encik Mohamad Azrol Mohamad Dali, Pengarah MPC Wilayah Utara serta pegawai – pegawai MPC telah hadir ke Lembaga Pembangunan Langkawi bagi menyampaikan taklimat berkaitan inisiatif Academy In Factory (AIF). Dr. Azmil Munif bin Mohd Bukhari, Timbalan Pengurus Bahagian Pelancongan telah menyampaikan taklimat rasmi LADA.

Inisiatif Academy in Factory (AiF) antara inisiatif Kerajaan Malaysia menerusi Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan kerjasama awam-swasta serta melibatkan pelbagai agensi kerajaan untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja berkemahiran bagi sektor produktiviti tinggi terutamanya sektor pembuatan seperti semikonduktor (elektrik dan elektronik), automotif, sains hayat dan teknologi perubatan serta kimia dan bahan termaju. Program rintis ini telah dilaksanakan melibatkan 15 industri perkilangan.

Manakala cadangan kerjasama strategik dengan LADA adalah bagi meneroka peluang meningkatkan kemahiran pekerja-pekerja sektor pelancongan agar dapat memperkasakan kebolehpasaran belia di Langkawi selaras untuk meningkatkan taraf pendidikan rakyat Malaysia.