Sesi Taklimat Pelaksanaan Demonstrasi 5G oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah berlangsung pada 13 Januari 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Kompleks LADA.
Sesi taklimat ini disampaikan oleh Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YBrs. Encik Al-Ishsal Ishak Pengerusi MCMC serta dihadiri oleh Eksekutif Kanan SKMM iaitu En Gerard Lim Kim Meng, Dr Nasruddin Attiqulah, En Izani Othman, Puan Malini dan En Nabil Nih Ramli.
Butiran pembentangan adalah menjurus kepada kronologi cetusan idea 5G Malaysia yang telah bermula pada Julai 2018 dan Langkawi telah dipilih untuk menjadi salah satu pulau yang mengimplementasikan talian 5G pertama di dunia.
Di Langkawi sahaja, sebanyak 35 kes penggunaan (use case) 5G telah mula dilaksanakan bermula Oktober 2019 sehingga Mac 2020 yang melibatkan pelbagai verticals seperti Agriculture, Digital Healthcare, Education, Entertainment, Smart City dan Tourism.
Antara use case tersebut adalah Smart Street Lighting, Smart Traffic Light Solutions, Smart Parking, Smart Agriculture, Real Time Medical Data Transfer, Smart Tourism Apps dan UNESCO 8K VR. Kes-kes penggunaan ini diharapkan dapat meningkatkan daya saing ekonomi serta diwujudkan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat Langkawi.
Sesi ini juga turut membincangkan tentang hala tuju use case selepas tamat tempoh demonstrasi kelak dan LADA dilihat dapat memainkan peranan untuk menarik lebih banyak pelaburan dan pelancongan ke Langkawi melalui teknologi ini.