Langkawi, 1 November 2021 – Satu sesi taklimat pembangunan Langkawi dan pengemaskinian data ruang (spatial data) Geographic Information System (GIS) berkaitan pemetaan fizikal dan pelancongan kepada PLANMalaysia@Melaka dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah diadakan pada 1 November 2021 di Bilik Mesyuarat Utama, Kompleks Lembaga Pembangunan Langkawi.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Siti Norsuhada binti Che Man, Penolong Pengurus Kanan, Bahagian Perancangan LADA kepada 23 orang peserta dari PLANMalaysia@Melaka yang diketuai oleh Encik Mohd Radzi bin Mohamad, Ketua Bahagian Maklumat Guna Tanah Negeri Melaka. Sesi taklimat ini juga dihadiri oleh Encik Mohd Syaizuan bin Mohamad Rasid, pegawai dari Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP).