Langkawi, 28 Julai 2023 – Sekitar Program Hari Ramah Mesra Keluarga Dialisis Langkawi 2023 anjuran Kelab Kebajikan Pesakit Buah Pinggang Pulau Langkawi (KKPBPPL).

Pelbagai aktiviti menarik diadakan untuk mengeratkan tautan ukhuwah antara komuniti pesakit buah pinggang Langkawi, keluarga pesakit-pesakit buah pinggang dan badan-badan kerajaan berkaitan.

Encik Mohammad Shauqi bin Md Rezali, Penolong Pengurus, Unit Khidmat Korporat LADA telah hadir bagi mewakili pengurusan tertinggi untuk menyerahkan surat penyaluran sumbangan yang diterima oleh Pengerusi KKPBPPL, Tuan Haji Saad bin Salleh.

Turut hadir di dalam program tersebut Penaung KKPBPPL, Dato’ Hj Mohd Rawi bin Abd Hamid dan Pengarah Hospital Sultanah Maliha, Dr. Akmal Naziah binti Dato Haji Ahmad.

KKPBPPL merupakan NGO yang baru ditubuhkan untuk membela nasib pesakit-pesakit buah pinggang Langkawi yang kini seramai 105 orang yang memerlukan rawatan dialisis di Unit Hemodialisis Hospital Sultanah Maliha.

#TanggungjawabSosialKorporat
#CSRLADA