6 Ogos 2023, Langkawi – Sekitar sesi penyerahan sumbangan CSR LADA kepada Kelab Taekwondo Lagenda Langkawi, Kelab Sri Anggerik Langkawi, dan Kelab Kebajikan dan Rekreasi PPD Langkawi.

Penyerahan surat kepada wakil-wakil kelab disampaikan oleh Puan Nordiana binti Nordin, Pengurus Unit Khidmat Korporat LADA.

18 orang ahli Kelab Taekwondo Lagenda Langkawi yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah Langkawi telah menyertai 6th Gewinn Malaysia Open Taekwondo Championship 2023 di Seri Kembangan, Selangor pada 28 Julai hingga 30 Julai 2023. Manakala, Kontinjen Bola Sepak MSSD Langkawi melalui Kelab Rekreasi dan Kebajikan PPD telah menyertai Kejohanan Bola Sepak MSSK di Padang Terap, Kedah pada 26 Julai hingga 29 Julai 2023 yang lalu.

LADA mengucapkan tahniah kepada semua para pelajar yang sentiasa gigih berusaha dan komited dalam mengharumkan nama Langkawi ke peringkat yang lebih tinggi dalam arena sukan.

#TanggungjawabSosialKorporat
#CSRLADA