Tourism Expo Japan telah melabuh kan tirainya dengan rekod 207,352 jumlah pelawat setelah kejayaan sesi buyers meet seller pada 22-23 September 2022 dan sesi bersama consumers pada 24 & 25 September 2022.
Pihak LADA juga telah membuat pelbagai perancangan bagi meneruskan promosi Langkawi kepada pasaran Jepun melalui media digital bagi meningkatkan jumlah pelancong daripada Jepun ke pulau ini pada masa akan datang.
Fam Trip perlu dilaksanakan bagi mengembalikan keyakinan agensi pelancongan Jepun dan media mengenai Langkawi. Jepun akan membuka pintu sempadan antarabangsanya secara rasmi bermula 11 Oktober 2022 ini.
Pihak LADA ingin merakamkan terima kasih kepada Tourism Malaysia dan semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan program perdagangan pelancongan nombor 1 di Jepun ini.