27 Julai 2023 – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menerima kunjungan dari Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan & Budaya Negeri Johor bagi mendapatkan input berkenaan dengan pembangunan inovatif yang diperkenalkan oleh LADA di kawasan Taman Georimba Kilim Kars di peringkat global.

Lawatan yang diketuai oleh YB Tuan Raven Kumar A/L Krishnasamy, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor telah diberikan penerangan berkaitan pengoperasian dan pentadbiran Langkawi UNESCO Global Geopark yang merangkumi pendedahan terhadap konsep pembangunan secara lestari dan holistik merangkumi aspek pemuliharaan warisan, pembangunan komuniti, peningkatan ekonomi dan pendidikan awam.

Taklimat kepada delegasi telah disampaikan oleh En. Muzaffar Zoher, Pegawai Geopark di Langkawi Geopark Discovery Centre (LGDC).

#LangkawiUNESCOGlobalGeopark
#LUGGp
#NaturallyLangkawi
#LangkawiBestWey