Langkawi, 23 Februari 2022 – Seramai 40 orang usahawan Langkawi yang menyertai Kursus Pemasaran Digital dan Peluang Pemasaran Perniagaan di Platform AgroBazaar Online telah diberi pendedahan tentang teknik ‘smartphone photography’ dan pemasaran perniagaan secara digital di platform e-dagang tersebut.
Kursus yang diadakan di Dewan Besar Kompleks LADA pada 22 dan 23 Februari ini merupakan inisiatif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Turut hadir bagi merasmikan kursus ini ialah YBhg. Dato’ Mohamad Mustahapa bin Awang, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), FAMA.
Semoga inisiatif kursus ini dapat membantu usahawan Langkawi untuk meluaskan pasaran produk mereka ke seluruh Malaysia melalui platform e-dagang dan membuka peluang penerokaan pelbagai jaringan pemasaran lain yang lebih luas.
#KitaJagaLangkawi
#JomTambahIlmu
#UsahawanLangkawi
#ProjekEkonomiBaru
#HELANG
#LADA