Langkawi, 11 Februari 2023 – Puan Mismah binti Jimbun, Pengarah Pusat Sains Negara (PSN) Kuala Lumpur dan En. Arif Fakhrie bin Johari, Penolong Pegawai Sains, En. Zulkifli bin Asli, kakitangan PSN Cawangan Wilayah Utara telah sudi meluangkan masa bagi lawatan ke Ruang Daya Cipta STIE yang terletak di Laman Budaya, Wing B Kompleks LADA. Lawatan ini turut disertai oleh rakan strategik LADA iaitu pihak Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) iaitu sebuah agensi dibawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) iaitu Puan Sarah dan Puan Haslina.

Lawatan ini diadakan bagi memberi pendedahan berkaitan kemudahan yang ada di Ruang Daya Cipta STIE. Selain itu, lawatan ini juga sebagai tinjauan melihat lokasi yang bersesuaian untuk mengadakan Program-program STIE PSN yang akan diadakan pada bulan September 2023 nanti.

Pihak LADA sentiasa mengalu-alukan agensi swasta, jabatan kerajaan serta komuniti setempat yang berminat untuk memanfaatkan penggunaan Ruang Daya Cipta STIE sebagai tempat menjalankan aktiviti inovasi dan lain-lain.

Diharapkan dengan adanya fasiliti ini, komuniti di setiap lapisan masyarakat dapat mengambil peluang menggunapakai kemudahan yang disediakan untuk meningkatkan ilmu dalam bidang inovasi serta kreatif selain meningkatkan taraf hidup. Bagi pihak yang berminat untuk menggunakan Ruang Daya Cipta STIE ini bolehlah menghubungi Puan Khairunnisa binti Othman di talian 04 9600 642.

Untuk makluman, Projek Ruang Reka STIE @ Komuniti merupakan sebuah program pembudayaan sains, teknologi, inovasi dan ekonomi dengan membangunkan prototaip produk inovasi ke peringkat pra-pengkomersialan dan mereplikasi projek inovasi ke komuniti lain. Program ini dijangka dapat meningkatkan taraf hidup dan pendapatan komuniti setempat melalui aktiviti pengkomersialan.

Sumber: https://www.yim.my/…/ruang-reka-stie-keluarga-sayang/
Yayasan Inovasi Malaysia – YIM – Malaysia Innovation Foundation